Program · 01/09/2026

Pembuatan dan Pengedaran Token Hari Lahir Ahli

AJK menyediakan token hari jadi dan mengedarkannya kepada ahli MAPS yang menyambut hari Lahir swpanjang 2026.

Gambar Pembuatan dan Pengedaran Token Hari Lahir Ahli
Program Pemberian Token Hari Jadi Ahli MAPS dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan penghargaan kepada ahli MAPS yang menyambut hari lahir sepanjang tahun 2026. Melalui program ini, Ahli Jawatankuasa MAPS menyediakan token hari jadi untuk diberikan kepada ahli sebagai tanda ingatan dan penghargaan daripada warga MAPS.

Pemberian token dilaksanakan secara berperingkat mengikut bulan kelahiran ahli. AJK yang bertanggungjawab menguruskan penyediaan token serta mengedarkannya kepada ahli yang terlibat. Walaupun berbentuk sederhana, inisiatif ini memberi sentuhan peribadi dan menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan serta hubungan sesama ahli.

Program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk rasa dihargai dan mengukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan ahli MAPS. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program berjalan dengan baik dan diteruskan sepanjang tahun mengikut tarikh kelahiran ahli.
← Kembali ke aktiviti